Friday, June 26, 2009

Guru Alaf Baharu SMK.Narinang

Sejak saya bertugas di SMK.Narinang pada tahun 1998, sudah terdetik dalam minda saya bahawa suatu hari nanti SMK.Narinang akan menjadi sebuah sekolah yang boleh dibanggakan oleh warga sekolahnya. Kini 2009, suatu jangka masa yang lama buat seorang guru seperti saya berada di sekolah luar bandar. Namun, hakikatnya, saya masih setia berada di sini. Masih bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak Kadamaian, apatah lagi anak-anak tercinta saya berada di sekolah yang sama. Justeru itu, sebagai guru Bahasa Melayu saya perlu akur dengan perubahan yang baharu iaitu menguasai ICT untuk diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Saya percaya kepada inovasi yang baharu akan menarik minat pelajar. Saya harap rakan-rakan guru di SMKN juga berfikir seperti saya..

2 comments:

Noor Azman Mahat said...

Hi Cikgu

Untuk makluman cikgu, sudah ada beberapa guru lain yang mengambil pakej pendidikan saya.

jika cikgu masih berminat, sila emel kepada saya; azmanukm@gmail.com untuk cara bayaran.

Biasanya saya memberi diskaun kepada guru-guru. Jika cikgu tidak mahu, semua bahan di dalam blog saya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan di sekolah cikgu secara percuma.

Teruskan semangat untuk mendidik.

azman

Clares Eva Jy said...

Hi cikgu..
Terima kasih atas semua tunjuk ajar cikgu.Sy sangat "enjoy" ketika cikgu mengajar.Cikgu ada aura tersendiri yg menyebabkan kmi "fun" semasa belajar bahasa melayu,hehehe..jerih payah cikgu tidak akan sia-sia.

Teruskan usaha gigih dan semangat cikgu utk mendidik anak bangsa kita sendiri..

Tuhan memberkati..