Saturday, August 1, 2009

Kepentingan Memahami Maksud Sajak SPM

Sajak merupakan hasil karya sastera yang mempunyai elemen tersendiri yang perlu difahami sepenuhnya. Berlainan dengan karya lain seperti novel, cerpen, prosa tradisional dan drama, sajak perlu dihayati dengan menggunakan mata lahiriah dan batiniah. Karya sajak dalam Antologi Kerusi dan Anak Laut memerlukan penghayatan yang bukan sedikit. Justeru dalam hal ini, kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar SPM ialah memahami maksud yang tersurat yang dipaparkan dalam sajak tersebut. Selepas memahami intipati maksud sajak barulah pelajar mencari makna tersirat yang dikupas oleh penyair. Kegagalan calon memahami maksud sajak akan memberikan impak negatif terhadap persepsi calon terhadap sesebuah karya sastera. Oleh sebab itu, calon wajib mengkaji setiap sajak sama ada dari aspek intrinsik ataupun ekstrinsiknya..Mudah-mudahan dengan penghayatan dan diskusi sajak yang dibuat semasa P&P serta perbincangan dan Diskusi Kumpulan akan membuah hasil..Ayuh bertindak sekarang!!!

1 comment:

myzila_luvs said...

~yup..jgn sesekali terhadkan bahan bacaan anda..even baca komik doraemon pun tetap bg sy idea yg utk jwb soalan exam...