Tuesday, July 7, 2009

PPSMI dimansuh!

PPSMI dimansuh! demikian diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiddin Yasin, selaku Menteri Pelajaran. Suatu pengumuman yang sekian lama dinantikan oleh sebahagian rakyat Malaysia, penulis, guru dan pelajar. Dengan pengumuman penting tersebut, adalah diharapkan kuasa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang pendidikan sama ada di sekolah rendah hingga ke peringkat universiti dapat disusun atur dan menjadi lingua franca alaf baru dan dibumbui dengan semangat dan iltizam semua pihak. Apapun, tahniah kepada Menteri Pelajaran Malaysia dan Timbalannya, Dr.Puad.

1 comment:

Kembara-sepi said...

Terima kasih kerana sudi membaca cerpen saya. Sekadar luahan perasaan terhadap sikap segelintir pelajar alaf baharu yang kurang bermotivasi. Teruskanlah perjuangan cikgu !